My Add

Wednesday 14 August 2013

Perak sudah wartakan fatwa anti-Syiah - Harussani

IPOH, selasa, 13 Ogos, 2013: Kerajaan Perak sudah mewartakan fatwa melarang sebarang bentuk penyebaran atau pengembangan fahaman Syiah di negeri itu kerana bertentangan dengan ajaran yang dibawa Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, fatwa tersebut yang diwartakan beberapa bulan lalu bertujuan menyekat ajaran Syiah yang dilihat semakin mengancam pemikiran dan perpaduan umat Islam di negara ini.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) diarah supaya memantau secara dekat sebarang pergerakan atau tindakan individu serta kumpulan yang menyebarkan fahaman berkenaan.

"Ajaran Syiah berbahaya kerana memecah-belah umat Islam. Semua maklum kita di Malaysia berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bagi (pengikut) Syiah, golongan Sunni ini kafir, halal darahnya.

"Kita tidak boleh biar sampai ajaran ini tersebar luas baru hendak bertindak. Dalam soal (fatwa) ini, kita tidak kata Syiah itu kafir, tetapi ajaran dan fahamannya itu tidak betul dan kita boleh sekat dan ambil tindakan," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. - UTUSAN ONLIN

No comments:

Post a Comment