My Add

Saturday 24 August 2013

Perhimpunan 'Syahid Jumaat'

 *RIBUAN pengikut bekas Presiden Mohammed Mursi berhimpun di pekarangan sebuah masjid di Zagazig, timur Delta Nil, Mesir, bagi membantah tindakan kekerasan pasukan keselamatan, semalam. - Agensi
KAHERAH, JUMAAT, 23 Ogos, 2913: Penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi, hari ini melancarkan perhimpunan besar-besaran yang digelar 'Syahid Jumaat'.

Berdasarkan laporan beberapa laman Facebook pro bekas Presiden, Mohammed Mursi, beribu-ribu pengikut Ikhwanul Muslimin menyertai perarakan di Iskandariah, Shubra al-Kheima, Aswan, Mansoura, Gharbiah, Muhandisin, Fayoum, Suhaj, Bani Suef dan Zagazig selepas solat Jumaat.

Menurut laporan yang masih belum dapat disahkan, pihak keselamatan melepaskan gas pemedih mata di Jalan Jehan, Mansoura ketika penyokong Mursi mengadakan perarakan, manakala di Tanta, Gharbiah, berlaku pertempuran antara penyokong bekas Presiden itu dengan anggota pasukan kesemalatan.

Sumber menyatakan, berlaku kecederaan dalam pertempuran itu, namun butirannya masih belum diperoleh.

Perhimpunan yang diadakan hari ini berisiko mencetuskan lebih banyak pertumpahan darah dalam usaha pergerakan Ikhwanul Muslimin menunjukkan kemampuan mereka untuk terus berhimpun, meskipun selepas beribu-ribu anggota mereka dibunuh dan pemimpin mereka ditahan.

Menurut sumber kerajaan, sekurang-kurangnya 900 orang terbunuh sejak lapan hari lalu, tetapi Ikhwanul Muslimin mendakwa angka korban jauh lebih tinggi.

Dalam tempoh beberapa hari lalu, tunjuk perasaan oleh pergerakan itu yang sebelum ini mencecah berpuluh ribu orang di seluruh negara menjadi semakin berkurangan, menunjukkan mereka semakin lemah ekoran penahanan pemimpin kumpulan itu.

"Kami akan terus berhimpun di jalanan untuk menumpaskan rampasan kuasa tentera," kata pergerakan pro-Mursi yang dikenali sebagai Perikatan Kebangsaan Menyokong Kesahihan dan Menolak Rampasan Kuasa, dalam satu kenyataan.

Pergerakan itu turut menamakan 28 masjid di seluruh Kaherah yang menjadi tempat pelepasan kumpulan perhimpunan besar-besaran itu.

Sementara itu, dalam satu kemenangan simbolik kepada rejim lama, bekas diktator Hosni Mubarak yang diguling pada 2011, dibebaskan semalam ketika penggantinya, Mursi masih ditahan.

Sebuah helikopter membawa Mubarak dari penjara Tora di Kaherah ke hospital tentera di pinggir bandar Maadi dengan penyokongnya berkumpul bagi meraikan dan menyaksikan operasi pemindahannya itu.

Ihkwanul Muslimin mendakwa pembebasan Mubarak dibuat oleh tentera untuk mengembalikan rejim lama. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment