My Add

Friday 16 August 2013

Polis siasat kes hilang kepada culik

IPOH, KHAMIS, 15 Ogos, 2013: Siasatan awal polis percaya kes tiga beradik yang dilaporkan hilang dari rumah ibu mereka di Taman Meru 2B di sini kelmarin, sebelum ditemui selamat di ibu negara semalam, mempunyai kaitan dengan perselisihan antara keluarga kanak-kanak tersebut.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, berikutan itu, polis telah menukar kertas siasatan kes itu daripada orang hilang kepada culik di bawah jagaan sah.

Katanya, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 361 Kanun Keseksaan iaitu mana-mana individu yang mengambil kanak-kanak lelaki bawah 14 tahun dan 16 tahun bagi perempuan; tanpa kebenaran ibu bapa mahupun penjaga, boleh dihukum di bawah Seksyen 363 kanun sama iaitu tujuh tahun penjara jika sabit kesalahan.

"Apabila siasatan dijalankan ke atas tiga beradik itu, mereka memberitahu bahawa mereka diminta mengikut pakcik dan makcik mereka ke Kuala Lumpur.

"Motifnya masih kita siasat, tetapi kita syak ada sedikit isu perbalahan keluarga. Siasatan masih dijalankan dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

"Hasil soal siasat juga mendapati ibu mangsa ada menghubungi dan bertanyakan (ibu dan bapa saudara mangsa) tetapi tidak dapat jawapan penuh. Mereka juga menafikan ada kaitan kehilangan ketiga-tiganya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment