My Add

Monday 26 August 2013

Polis tahan tiga suspek kes tembak pesara tentera

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Polis Kelantan menahan tiga suspek termasuk seorang remaja berusia 19 tahun yang juga merupakan suspek utama kes bunuh seorang pesara tentera yang ditembak ketika bersarapan di sebuah warung di Kemasin, Bachok, 15 Febuari lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, ketiga-tiga suspek berkenaan ditahan dalam Op Api dan Cantas Khas yang dijalankan pihaknya di Rantau Panjang di sini awal pagi ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat orang ramai, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan telah melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Telaga Mas Rantau Panjang kira-kira pukul 5.45 pagi. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment