My Add

Friday 9 August 2013

Rafidah gesa BN tarik sokongan rakyat dari sekarang

 Rafidah Aziz
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Ogos, 2013: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, berkata Barisan Nasional (BN) harus memulakan kempen menarik sokongan rakyat dari sekarang dan tidak menunggu ketika hampir pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"BN juga harus menjalankan program-program untuk menghampiri rakyat secara

berterusan dan bukannya kepada ahlinya semata-mata," katanya kepada Bernama, di sini.

Katanya, program berbentuk kemasyarakatan harus dilaksana secara bersama
dengan parti komponen bagi memperlihatkan kepada umum parti itu mewakili suara
semua kaum.

Beliau yang diminta berkongsi pandangan mengenai strategi yang harus diambil
BN pada PRU14 nanti, juga berkata parti komponen perlu memperkemaskan jentera
masing-masing dengan tumpuna kepada orang muda.
 
Bekas Ketua Wanita UMNO itu berkata, BN sebagai parti yang meneraju kerajaan
pusat harus melaksanakan transformasi seperti yang dilakukan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak dalam kerajaan.

Sejak meneraju kepimpinan negara pada 2009, Najib sangat jelas dengan
wawasan Malaysia sebagai negara moden, progresif dan sentiasa memandang ke
hadapan dalam mengamalkan demokrasi yang melindungi hak dan kebebasan rakyat,
katanya.

Rafidah, 70, yang memegang portfolio perdagangan antarabangsa dan industri
selama 21 tahun dari 1987 hingga 2008, antara menteri yang lantang bersuara di
peringkat antarabangsa.

Bekas Ahli Parlimen Kuala kangsar itu juga antara pemimpin UMNO paling
lama berkhidmat dalam parti khususnya dalam Wanita UMNO. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment