My Add

Thursday 22 August 2013

Rogol: Buruh dijel 9 tahun, 3 sebatan

KOTA BHARU, RABU, 21 Ogos, 2013: Akibat mengikut kehendak nafsu, seorang buruh berusia 21 tahun terpaksa meringkuk dalam penjara selama sembilan tahun dan dikenakan sebatan tiga kali yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan merogol teman wanitanya, April lalu.

Perbuatan terkutuk lelaki itu disedari setelah mangsa berusia 15 tahun dan tertuduh tertidur di ruang tamu rumah mangsa dan hanya tersedar apabila ayah mangsa mengejutkan remaja itu ke sekolah.

Mohamad Abdul Latif Mamat dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Raja Jalan, Jalan PCB kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 14 April lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment