My Add

Friday 2 August 2013

Rundingan damai: Obama puji Abbas, Netanyahu

WASHINGTON, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini memuji Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmud Abbas atas kepimpinan mereka yang bersetuju untuk mengadakan semula rundingan damai di Asia Barat.

Rumah Putih dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diucapkan Obama dalam perbualan telefonnya dengan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Obama memuji 'kepemimpinan dan daya usaha mereka' menghantar perundingan kedua-dua negara di meja perbincangan minggu ini ke Washingtin untuk kali pertama dalam tempoh tiga tahun.

Obama yakin inisiatif dan kesediaan kedua-kedua pemimpin di meja rundingan bagi mengakhiri konflik akan memjadi kenyataan.

Perunding dari Israel dan Pihak Berkuasa Palestin bertemu di Washington, Isnin lalu dengan harapan untuk memeterai perjanjian damai dalam masa sembilan bulan. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment