My Add

Thursday 22 August 2013

Shafie Apdal yakin ahli UMNO matang, bijak pilih pemimpin

BANGI, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yakin semua ahli parti matang dan bijak untuk memilih pemimpin yang boleh dijadikan tempat bergantung dan memperjuangkan parti.

Katanya, beliau juga tidak gentar dengan saingan daripada anggota parti yang berhasrat bertanding jawatan naib presiden yang akan dipertahankannya pada pemilihan parti Oktober ini.

"Dalam sejarah kita...dahulunya pun tiga hingga empat orang bertanding dalam satu jawatan. Saya penuh yakin anggota-anggota Umno cukup matang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Merdeka Raya dan Kibar Jalur Gemilang peringkat luar bandar di sini hari ini..

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, beliau juga tidak boleh memaksa anggota parti memilihnya.

"Kalau mereka menerima alhamdulillah. Kita tidak boleh paksa orang terima kita. Dalam perjuangan ini, jangan kita kecewa, jangan kita takut, jangan kita bimbang.

"Asalkan kita dapat menegakkan perjuangkan bangsa kita, parti kita, saya yakin itu menjadi ikatan kepada kita," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment