My Add

Friday 16 August 2013

Suami pukul isteri serah diri

 
*LELAKI yang dipercayai membelasah isteri dalam sebuah lif menyerah diri di Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN, KHAMIS, 15 Ogos, 2013: Seorang penjawat awamyang diburu setelah membelasah isterinya dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Isnin lalu, akhirnya menyerah diri di Balai Polis Kuantan di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, lelaki berusia 36 tahun itu datang sendiri di balai tersebut pada pukul 3.30 petang ini.

"Dia kini ditahan di Balai Polis Kuantan dan akan diserahkan ke Pulau Pinang berikutan kejadian berlaku di negeri itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jasmani berkata, polis Kontinjen Pulau Pinang telah dimaklumkan berhubung penahanan itu dan lelaki terbabit akan diambil oleh anggota polis dari negeri tersebut malam ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Kelmarin, satu rakaman video yang memaparkan seorang isteri dibelasah suaminya di hadapan dua anak mereka berusia empat dan lima tahun di dalam sebuah lif dikongsi melalui akaun laman sosial Facebook.

Video bertajuk Suami dayus pukul isteri depan anak menunjukkan aksi lelaki berkenaan menampar dan menendang isterinya, seorang pekerja kilang berusia 36 tahun sehingga tersungkur. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment