My Add

Wednesday 7 August 2013

Syiah: Lima lokasi di Perak dipantau

 * PEGAWAI penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak menunjukkan gambar dan dokumen 'Mazhab Syiah' yang dirampas selepas menahan seorang wanita dan seorang lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah di Taiping, Perak, semalam. - BERNAMA
IPOH, SELASA, 06 Ogos, 2013: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sedang memantau beberapa lokasi di negeri ini dipercayai mempunyai pengikut yang bergiat aktif dalam ajaran Syiah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIPk, Ahmad Nizam Amiruddin berkata, lokasi yang telah dikenal pasti itu adalah Taiping, Parit Buntar, Bagan Serai, Tanjung Malim dan Ipoh.

Katanya, pemantauan itu dilakukan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengekang penularan fahaman tersebut di negeri ini.

''Ajaran Syiah ada berlaku di Perak dan kita sedang memantau beberapa lokasi yang telah dikenal pasti. Bagaimanapun, perkembangan Syiah di Taiping buat masa ini masih terkawal dan jumlahnya tidak ramai

''Fahaman Syiah merupakan isu berat dan kita akan cuba membanterasnya kerana tidak mahu apa yang terjadi di Syria berlaku di Malaysia. Oleh itu, kita akan ambil langkah awal supaya perkara ini tidak menjejaskan keharmonian negara, khususnya di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, JAIPk menahan dua individu iaitu Dr. Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah dalam dua serbuan berasingan di sebuah klinik di Medan Kamunting dan Kampung Klian Pauh, Jalan Kamunting Lama, Taiping.

Dalam serbuan itu, JAIPk turut merampas bahan-bahan dan dokumen berkaitan ajaran Syiah termasuk poster, buku dan cakera padat (CD).

Mengulas tentang perkara itu, Ahmad Nizam berkata, kedua-dua individu terbabit dipercayai berada dalam kumpulan sama.

''Di Perak ada dua markas dan kita tahu ada berlaku (Syiah) tetapi belum ada tangkapan. Kita tidak tahu bagaimana mereka bergerak kerana tidak menjalankannya secara terbuka," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment