My Add

Tuesday 13 August 2013

Syiah: Mahfuz tunjuk sikap sinis

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Ogos, 2013: Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bersikap sinis terhadap gesaan akar umbi parti yang meminta usul untuk 'membersihkan' fahaman Syiah dibentangkan dalam muktamar Pas tahun ini.

Beliau memberi jawapan yang tidak relevan ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini bagi mendapatkan ulasan berhubung isu tersebut.

"Saya rasa tak payahlah. Isu Syiah dah berlalu dengan kuih-kuih buka puasa," katanya ringkas.

Mahfuz sebelum itu ditanya tentang kenyataan dua aktivis Pas iaitu Mohd. Riza Kamaruddin dan Norman Toha yang menggesa Pas mengambil tindakan membasmi ajaran Syiah di dalam parti pada muktamar Pas yang dijangka berlangsung hujung tahun ini.

Mohd. Riza berpandangan, ancaman kegiatan Syiah tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan tindakan serius daripada Pas untuk memecat ahli yang terlibat dalam fahaman itu.

Sementara itu, Norman yang juga bekas Setiausaha Pas Selangor memberitahu, beliau belum pernah melihat isu Syiah dibangkitkan dan dibincangkan dalam muktamar parti sejak penglibatannya di dalam Pas pada 1993.

Pada 29 Julai lalu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena memberi maklum balas kepada Utusan Malaysia berhubung isu Syiah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi: "Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya pun tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja."

Dalam pada itu, Utusan Malaysia gagal untuk mendapatkan reaksi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung perkara sama. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment