My Add

Wednesday 21 August 2013

Tentera Syria didakwa lepas 'gas beracun'

BEIRUT, RABU, 21 Ogos, 2013:: Dua kumpulan propembangkang di Syria mendakwa tentera kerajaan menggunakan 'gas beracun' dalam serangan di ibu negara Damsyik, menyebabkan berpuluh maut.

Dua kumpulan aktivis itu berkata, tentera rejim menembak roket mengandungi gas beracun dalam serangan hari ini.

Badan Pemerhati Hak Asasi Syria berkata, serangan udara itu tertumpu di timur pinggir bandar Zamalka, Arbeen dan Ein Tarma.

Mereka mendakwa sekurang-kurangnya sepuluh orang maut setakat ini.

Sementara itu, Jawatankuasa Koordinasi Tempatan mendakwa, ratusan penduduk maut atau cedera dalam serangan berkenaan. - AP/BH

No comments:

Post a Comment