My Add

Thursday 15 August 2013

Tindakan pihak keselamatan dikutuk

 *DUA orang anggota polis antirusuhan melepaskan tembakan peluru hidup ke arah penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi dalam operasi ketenteraan di sekitar Universiti Kaherah dan Dataran al-Nahda di Giza, semalam. - REUTERS
ANKARA, RABU, 14 Ogos, 2013: Presiden Turki, Abdullah Gul hari ini menyifatkan, operasi pihak keselamatan Mesir menggempur orang awam merupakan tindakan yang tidak boleh diterima.

Beliau dalam kenyataannya turut memberi amaran tentang konflik di Mesir mungkin boleh berlarutan dan menjadi huru-hara seperti yang berlaku di negara jiran, Syria.

"Saya bimbang situasi politik di Mesir akan bertambah buruk dan sukar lagi dibendung.

"Kerajaan sementara perlu membebaskan bekas Presiden Mohammed Mursi dengan segera dan mengadakan pilihan raya yang baharu," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan turut menggesa masyarakat dunia bertindak menghentikan tindakan ganas pihak keselamatan yang melakukan 'pembunuhan beramai-ramai'.

"Masyarakat dunia terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab perlu campur tangan untuk menghentikan konflik tersebut," katanya.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon turut mengutuk keganasan di Mesir dan menTUSAN

"Ki-moon menyeru semua pihak di Mesir mencari penyelesaian secara aman terhadap konflik ini.

"Beliau turut kesal kerana Mesir memilih untuk menggunakan kekerasan bagi berdepan bantahan," katanya menerusi jurucakap, Martin Nesirky

Sementara itu, Britain, Qatar, PBB dan Iran turut mengutuk pihak keselamatan Mesir yang menggunakan kekerasan untuk meleraikan perhimpunan kumpulan pro- Mursi di kedua-dua kem terbabit sehingga menyebabkan ramai nyawa orang awam terkorban. - AFP/REUTERS/UTUSAN/ 

No comments:

Post a Comment