My Add

Sunday 25 August 2013

Tinggalkan Mesir tidak patah semangat penuntut

 *SEBAHAGIAN pelajar Malaysia di Mesir yang selamat tiba di KLIA dengan menaiki Etihad Airways, semalam.
SEPANG, SABTU, 24 Ogos, 2013: Pengalaman kali kedua terpaksa meninggalkan Mesir akibat kekacauan politik di negara itu, tidak mematahkan semangat penuntut perubatan, Ira Maya Abdul Hamid, 22, untuk menamatkan pengajiannya.

Penuntut tahun ketiga Universiti Tanta, al-Gharbiya, Mesir itu berkata, semangat menuntut ilmu masih membara biarpun keadaan pada kali ini diakui lebih buruk berbanding dua tahun lepas.

Menurutnya, kekacauan tersebut melibatkan campur tangan daripada pihak tentera sehingga mengakibatkan pertumpahan darah.

"Sebelum ini terdapat ura-ura yang mahu kami menukar tempat belajar untuk meneruskan pengajian.

"Tetapi bilangan penuntut perubatan melibatkan jumlah yang ramai jadi agak sukar untuk menukar tempat pengajian, terpaksa teruskan sahaja sehingga tamat pengajian," kata gadis yang berasal dari Tawau, Sabah itu.

Ira Maya berkata demikian ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Dia antara 41 penuntut Malaysia daripada kumpulan ketiga yang dibawa pulang ke tanah air di bawah Op Piramid 2 berikutan konflik politik di Mesir melalui penerbangan pesawat komersial Etihad Airways pada pukul 1.50 petang tadi.

Sementara itu, penuntut tahun tiga jurusan Syariah Islamiah, Norsalehah Abdul Mokkadir, berkata, dia terpaksa pulang ke tanah air disebabkan masalah keselamatan kerana tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Pelajar berusia 23 tahun berasal dari Jitra, Kedah itu berkata, keadaan di tempat belajarnya di Iskandariah masih terkawal berbanding apa yang berlaku di Kaherah - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment