My Add

Tuesday 27 August 2013

Warna seragam teksi Malaysia

Oleh IFQDAR RAHMAN

 *SYED Hamid Albar (kiri) mencuba Proton Exora yang dijadikan Teksi 1Malaysia (Teksi 1M) selepas majlis taklimat mengenai Skim Teksi 1M kepada pemandu-pemandu teksi di Danga Bay, Johor Bahru, semalam. Bersamanya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Hisham Othman. - BERNAMA
JOHOR BAHRU, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengubah imej perkhidmatan teksi Malaysia yang kebiasaan dilihat dalam pelbagai warna kepada satu warna tetap bagi mencerminkan keseragaman pengangkutan awam tersebut di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, perkhidmatan teksi di negara ini terutama di Lembah Klang yang terdapat dalam pelbagai warna menyebabkan kekeliruan kepada pelancong asing.

Sehubungan itu, kata beliau, menerusi Skim Teksi 1Malaysia (Teks1M) warna teksi akan ditukar kepada satu warna khas iaitu warna emas supaya mudah dikenali.

"Jenis kenderaan untuk dijadikan teksi juga akan ditetapkan kepada satu jenama sahaja iaitu Proton. Pada peringkat pertama, Proton Exora digunakan memandangkan keluasan dan keselesaannya," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Taklimat Skim Teks1M di Danga Bay, di sini hari ini.

Menurut Syed Hamid, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) turut terlibat dalam skim tersebut sebagai pembekal utama teksi di negara ini dengan harga yang lebih murah.

Menurut beliau, sebanyak 1,000 buah teksi Proton Exora yang beroperasi di bawah skim Teks1M akan diberi secara berperingkat bermula bulan depan hingga Disember ini kepada pemandu teksi terpilih.

"Perkhidmatan teksi ini akan bermula sejurus pemandu menerima kenderaan mereka dan hanya terdapat di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Namun, akan diperluas di seluruh negara dari semasa ke semasa.

"Skim ini juga dibuka kepada pemandu teksi wanita. Bagi pemberian fasa pertama ini, sebanyak 141 daripada 1,000 pemohon yang berjaya adalah golongan wanita," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment