My Add

Wednesday, 19 March 2014

2 daripada 4 pelajar hilang di Gunung Bubu ditemui

KUALA KANGSAR, SELASA, 18 Mac, 2014: Dua daripada empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar yang dilapor hilang ketika menuruni Gunung Bubu di Ulu Kenas di sini Ahad kelmarin, berjaya ditemui dalam operasi yang disambung pagi tadi.

Mereka ialah Muhammad Putera Rafii dan Siti Azimah Mohd Fitri, kedua-duanya berusia 17 tahun, dijumpai pada pukul 9 pagi di persisiran Sungai Gading.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Supritendan Alias Seman berkata, ketika ditemui pelajar berkenaan dalam keadaan lesu dan keletihan.

"Kedua-dua pelajar itu kini berada di Hospital Kuala Kangsar untuk pemeriksaan dan rawatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan penemuan kedua-dua pelajar itu mengecilkan skop operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan dua lagi pelajar iaitu Adam Asraf Azman dan Muhammad Amir Asyraff. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment