My Add

Saturday 29 March 2014

Rakyat Malaysia antara yang terperangkap kepungan Taliban

KABUL, SABTU, 29 Mac, 2014: Seorang rakyat Malaysia bersama tiga rakyat asing terperangkap di dalam sebuah rumah tumpangan di Kabul semalam selepas sekumpulan lelaki daripada kumpulan militan Taliban bersenjata mengepung bangunan tersebut, kata polis.

Seorang saksi daripada agensi berita Reuters yang menyaksikan kejadian mendapati terdapat kira-kira 20 orang individu yang didapati bukan rakyat Afghanistan telah dipindahkan dari rumah tumpangan di dalam sebuah kawasan kediaman mewah di ibu negara, kebanyakan mereka kelihatan takut dan terkejut.

Satu pertembungan bersenjata tercetus selepas seorang pengebom berani mati Taliban telah meletupkan dirinya di luar bangunan dan kumpulan militan itu meluru masuk ke dalam dan pertempuran bersenjata tercetus di dalam kawasan tersebut lebih daripada sejam selepas letupan awal berlaku. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment