My Add

Saturday 29 March 2014

PBTM ambil alih kutipan Tabung Hari Pahlawan sejak tahun lalu

PORT DICKSON, SABTU, 29 Mac, 2014: Bermula tahun lalu, kutipan Tabung Hari Pahlawan dilaksana oleh Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), bukan lagi Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV).

Presiden PBTM, Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berkata, kutipan Tabung Hari Pahlawan pada tahun lepas ialah sebanyak RM4.1 juta dan ini adalah satu rekod kutipan terbanyak sejak tabung itu dilancarkan.

"PBTM telah membuat dasar bahawa 70 peratus daripada kutipan tabung itu akan diagihkan untuk bantuan kebajikan kepada veteran kurang upaya atau OKU," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, agihan pertama dilaksana di Kajang, Selangor membabitkan 49 veteran OKU dan hari ini 78 daripada 212 veteran OKU di Negeri Sembilan yang layak menerima bantuan itu. - BERNAMA ONLINE 

No comments:

Post a Comment