My Add

Saturday 29 March 2014

Kementerian teliti status jawatan Shalwati

KUALA TERENGGANU, SABTU, 29 Mac, 2014: Kementerian Pendidikan masih meneliti status jawatan Shalwati Nor Shal, guru yang bercuti tanpa gaji mengikut suaminya bertugas di Sweden sebelum dikenakan hukuman penjara di negara berkenaan kerana mendera anak mereka.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya memahami bebanan yang dihadapi Shalwati, 46, selaku penjawat awam dan kerajaan akan membantu sedaya upaya kerana kes ini melibatkan perundangan berkaitan perkhidmatan awam.

"Saya perlu lihat bentuk perundangan dan pandangan daripada pakar undang-undang terlebih dahulu. Kita akan cuba untuk mengurangkan beban mereka itu sebagai rakyat negara kita yang dihukum di luar negara.

"Ini merupakan perkara baharu yang perlu kita selesaikan kerana dia dihukum di luar negara dan kita lihat apakah pertimbangan-pertimbangan yang mustahak agar tidak membebankannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) ’Jom Masuk U’ kali ke-10 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini. - BERNAMA ONLINE 

No comments:

Post a Comment