My Add

Saturday 29 March 2014

Angkasa mahu teroka perniagaan sektor penerbangan

KOTA KINABALU, SABTU, 29 Mac, 2014: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) mengenal pasti tujuh kluster peluang pelaburan baharu yang berpotensi untuk diteroka termasuk sektor penerbangan bagi membangunkan perniagaan koperasi di negara ini.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, projek baharu dalam bidang pengangkutan udara itu antara intipati yang akan dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Tahunan pada 31 Mei depan bagi melihat potensinya secara lebih menyeluruh.

"Sebagai permulaan kita melihat kepada potensi sewaan ’penerbangan carter’ dengan mendapat tawaran sebuah syarikat dari Arab Saudi yang berminat untuk bekerjasama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Angkasa peringkat negeri Sabah di sini hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment