My Add

Saturday 29 March 2014

MH370: Operasi melibatkan 252,000 km persegi

CANBERRA, SABTU, 29 Mac, 2014: Operasi mencari pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370 hari ini melibatkan kawasan pencarian seluas 252,000 kilometer (km) persegi.

Agensi berita Xinhua memetik kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) sebagai berkata, pesawat peninjau yang dikerahkan ke kawasan pencarian menemui beberapa objek sama seperti yang dilaporkan semalam.

Katanya, pesawat tentera udara China, Ilyushin IL-76 menemui tiga objek di kawasan pencarian selain pesawat Tentera Udara Diraja Australia mengesan pelbagai objek di kawasan carian lain.

“Objek yang ditemui oleh pesawat peninjau tidak dapat disahkan sebagai sebahagian daripada komponen MH370 sehingga dipungut oleh kapal yang bergerak ke kawasan berkenaan," jelas AMSA.

Operasi mencari hari ini melibatkan lapan buah kapal terbang antaranya tiga pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia, sebuah pesawat pengawal pantai Jepun dan Ilyushin IL-76. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment