My Add

Saturday 29 March 2014

Syabas lanjut catuan bekalan air

KUALA LUMPUR, SABTU, 29 Mac, 2014: Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang dijadual berakhir Isnin ini akan dilanjutkan sehingga 30 April ini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Pelan Kontigensi Pengagihan Bekalan Air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri Selangor semalam.

"Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama masih aktif kerana Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup berikutan paras kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat," katanya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment