My Add

Saturday 29 March 2014

MPPN terbuka kepada semua

KOTA KINABALU, SABTU, 29 Mac, 2014: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup menegaskan, Majlis Perundingan Perpaduan Negara (MPPN) terbuka kepada semua pihak untuk mengemukakan cadangan bagi memperkukuh perpaduan rakyat.

Beliau berkata, sejak majlis yang dianggotai oleh 30 orang itu ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, MPPN mengundang individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik menyertai dialog yang dianjurnya di seluruh negara.

"Setakat ini MPPN telah menjelajah 18 lokasi di seluruh negara untuk mengadakan dialog ini. Mereka menjemput setiap pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Kita minta supaya setiap NGO mendapat jemputan untuk datang. Parti-parti politik juga dijemput untuk memberi pandangan.

"Selain itu ia terbuka kepada orang ramai. Sesiapa yang hadir ketika sesi dialog tetapi tidak dapat memberi pandangan kerana tidak dapat menunggu, mereka masih boleh menulis pandangan dan memasukan dalam peti yang disediakan," katanya.

Kurup berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini, selepas menghadiri majlis penyerahan bendera Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Barisan Nasional (BN), Malaysia dan Sabah untuk dibawa ke puncak Everest.

Menurut Kurup, mereka yang tidak berkesempatan menghadiri dialog MPPN masih boleh mengemukakan pandangan dengan melayari laman sesawang www.nucc.my. - BERNAMA ONLINE 

No comments:

Post a Comment