My Add

Saturday 29 March 2014

Kerajaan akan terus perkasa usahawan belia

KUALA LUMPUR, SABTU, 29 Mac, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memperkasakan golongan belia terutamanya yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Perdana Menteri berkata, jaminan berkenaan bukan hanya satu ungkapan yang bersifat retorik politik, tetapi sesuatu yang akan diterjemahkan menjadi dasar dan program baharu yang akan memajukan golongan usahawan muda.

Berucap pada majlis penutup Kongres Usahawan Muda Bumiputera di Menara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini, beliau berkata, kerajaan mahu melahirkan usahawan yang berjaya secara jangka panjang melalui program pembangunan yang inklusif dan mapan.

"(Ini) bererti jika kita hendak membangunkan usahawan, dia mesti usahawan yang berjaya secara jangka panjang, bukan sekadar nak mendapatkan kontrak daripada kerajaan, lepas tu habis cerita.

"Apatah lagi kalau mereka ini tergolong dalam kategori ’rent-seekers’ atau mereka yang menerima komisen sahaja, ini bukan usahawan yang nak kita bangunkan...kita nak bangunkan usahawan yang berjaya dan pada akhirnya menjadi usahawan yang boleh kita banggakan," katanya.- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment