My Add

Saturday 29 March 2014

Pesakit klinik pergigian kerajaan akan disaring

KUALA LUMPUR SABTU,, 29 Mac, 2014: Bermula tahun ini semua pesakit luar yang datang ke klinik pergigian Kementerian Kesihatan akan disaring untuk penyakit periodontal atau masalah gusi dan karies.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, langkah itu diambil memandangkan lebih 90 peratus mereka yang berumur 18 tahun ke atas di negara ini didapati mengalami masalah pergigian khususnya periodontal dan karies.

Penyakit periodontal merujuk kepada masalah gusi yang boleh menyebabkan gigi mudah longgar dan tercabut.

"Jika disahkan mengalami masalah tersebut, pesakit berkenaan akan dirujuk kepada pakar periodontal untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Pergigian Awam dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bagi Pergigian Pakar Kesihatan Awam (MADPHS) ke-5 di sini hari ini.

Dr. Hilmi berkata, masalah itu berlaku kerana kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap amalan kesihatan pergigian kendiri yang betul, terutama selepas tamat persekolahan. - BERNAMA ONLINE 

No comments:

Post a Comment