My Add

Tuesday, 18 March 2014

Bumbung sekolah tercabut dipukul ribut

KLANG, SELASA, 18 Mac, 2014: Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapar Indah di sini mengalami kerosakan teruk selepas bumbung empat blok sekolah itu tercabut akibat dipukul angin kencang ketika hujan lebat, petang semalam.

Kejadian angin kencang yang berlaku pads kira-kira pukul 3.15 petang mengakibatkan enam bilik darjah terpaksa dikosongkan namun tiada kecederaan dilaporkan.

Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim dalam reaksi segera berkata, hasil lawatan ke sekolah itu pagi ini, murid-murid tahap satu iaitu dari darjah satu hingga tiga dikecualikan daripada menghadiri sekolah petang ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.

"Sesi pembelajaran akan dimulakan seperti biasa esok dengan murid dari kelas yang terlibat akan ditempatkan di bilik darjah khas," katanya ketika ditemui di sekolah itu di sini pagi ini.- UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment