China mula cari MH370 di wilayah sendiri
BEIJING, SELASA, 18 Mac, 2014: China telah memulakan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di wilayahnya sendiri memandangkan terdapat kemungkinan pesawat itu terbang menuju ke arah pedalaman barat China.
Duta China di Kuala Lumpur, Huang Huikang hari ini berkata, analisis data dari satelit dan radar tentera menunjukkan terdapat kemungkinan pesawat boleh berada di koridor utara pencarian iaitu membabitkan sebahagian wilayah China. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment