Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 Mac, 2014: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim secara peribadi tidak bersetuju jika sebuah konsert besar-besaran dianjurkan di negara ini secara terbuka seperti di pekarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini kelmarin.
Beliau berpendapat, penganjuran konsert seperti itu sukar dikawal sehingga menyebabkan wujudnya unsur penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah khususnya melibatkan warga asing.
"Konsert terbuka mengundang warga asing dari seluruh dunia dan tanpa disedari membuka ruang serta peluang bagi mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk berhibur sambil melakukan aktiviti berkaitan dadah.
"Peluang mereka dari negara luar menyeludup masuk dadah untuk kegunaan sendiri semasa konsert itu sememangnya ada. Kita juga percaya ada yang berkongsi dadah sesama sendiri malah mengambil kesempatan mengedarkannya pula," katanya.
Beliau mengulas kematian enam penonton konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 di pekarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil, yang dipercayai akibat pengambilan dadah sintetik berlebihan.
Noor Rashid mengulas kejadian itu semasa Sesi Wawancara Media Cetak bersama Pengarah JSJN Sempena Peringatan Hari Polis Ke-207 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Aman, di sini hari ini.
Menurut Noor Rashid, hasil siasatan pihaknya, konsert antarabangsa yang dianjurkan di Bukit Jalil itu, merekodkan hampir 80,000 penonton meskipun harga paling murah bagi sekeping tiket adalah RM250.
Katanya, beliau juga difahamkan yang konsert tersebut turut membenarkan penjualan alkohol.
"Sejak hari pertama konsert dilangsungkan, seramai sembilan orang ditahan kerana memiliki dadah, memiliki ganja (9) dan seramai 22 orang ditangkap kerana disyaki mengambil dadah.
"Daripada 22 orang yang ditahan itu, 16 daripadanya warga asing iaitu dari Maldives (3), Sudan (3), Singapura (2), Indonesia (2) dan masing-masing seorang dari India, Australia, Zimbabwe dan Mauritius.
"Malah kesemua 14 penonton yang sedang dirawat di hospital kerana pengambilan dadah berlebihan ketika ini merupakan warga asing," ujarnya.
Tambah Noor Rashid, polis telah menubuhkan pasukan khas bagi memeriksa dan memantau lokasi tersebut sepanjang konsert kerana tidak menolak kemungkinan berlakunya perkara seumpama itu.
"Dalam hal ini, kemungkinan dadah dibawa masuk oleh warga asing adalah tinggi dan saringan awal yang dilakukan, majoritinya positif pengambilan dadah jenis methamphetamine dan pil ekstasi," jelasnya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment