Kempen PRK Kajang lesu kerana jerebu, kehilangan MH370
KAJANG, AHAD, 16 Mac, 2014: Kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang disifatkan kurang terasa bahangnya oleh penduduk disebabkan keadaan jerebu dan isu kehilangan pesawat MH370 yang menggemparkan rakyat di negara ini.
Berbanding kebanyakan pilihan raya yang meriah dengan 'perang poster' dan bendera, keadaan di Kajang masih lesu, namun dijangka bertambah rancak menjelang hari pengundian pada 23 Mac ini.
Dari segi kempen, program tinjauan mesra dan lawatan rumah ke rumah giat djalankan oleh kedua-dua jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), diikuti ceramah politik di sebelah malam.
Bagaimanapun, ceramah pada sebelah malam, baik anjuran BN mahupun PR, dilihat kurang menggalakkan, mungkin disebabkan kebanyakan penduduk lebih rela berehat di rumah atas faktor cuaca panas dan jerebu.
Malah, ada juga dalam kalangan penduduk memilih untuk mengikuti perkembangan isu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak seminggu lepas melalui kaca televisyen dari semasa ke semasa di rumah mereka. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment