My Add

Tuesday, 18 March 2014

MH370: Jangan tambah stres keluarga mangsa

KUALA LUMPUR, SELASA, 18 Mac, 2014: Orang ramai diminta agar tidak menambah stres atau tekanan yang sedang dialami para waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr. NKS Tharmaseelan berkata, dalam keadaan getir sekarang, komunikasi dan empati adalah penting.

Beliau berpendapat, MAS serta Kementerian Kesihatan perlu diberi pujian kerana menghantar pasukan pemberi penjagaan dan sukarelawan untuk memberi bantuan, penjagaan perubatan dan kaunseling kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal terbabit.

"Waris berada dalam keadaan trauma berikutan apa yang berlaku dan kerisauan serta stres mereka semakin bertambah berikutan keadaan tidak menentu tentang nasib MH370. Mereka menjadi dan kelihatan gelisah, berangin, lekas marah, mudah naik darah dan umumnya, sedih," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Beliau berkata, stres berterusan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, murung, gangguan ketenangan dan penyakit lain. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment