![]() |
* AHLI keluarga kepada penumpang pesawat MH370 meninggalkan hotel selepas berbincang dengan pegawai penerbangan di Hotel Metro Park Lido di Beijing, China, semalam. - AFP |
Walaupun pendedahan tersebut mencetuskan spekulasi melibatkan kegiatan keganasan atau juruterbangnya mungkin membunuh diri, sebahagian ahli keluarga mengakui, mereka sedikit lega kerana pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu mungkin selamat mendarat.
Bagi ahli keluarga Bob dan Cathy Lawton, pasangan dari Australia yang hilang bersama-sama pesawat itu, mereka tertanya-tanya tentang apa yang dilalui pasangan suami isteri itu.
"Jika mereka masih hidup, apakah yang telah mreka lalui?," ujar abang kepada Bob, David, kepada akhbar News Limited.
Sehingga kini, apa yang berlaku kepada pesawat itu serta penumpangnya masih menjadi misteri.
Bagaimanapun satu laporan mendakwa, perubahan mendadak ketinggian pesawat itu terbang, menimbulkan kebimbangan bahawa penumpangnya dapat merasakan bahawa mereka dalam keadaan bahaya.
New York Times melaporkan, pesawat itu terbang setinggi 13,716 meter, melebihi had ketinggian pesawat sebelum turun mendadak ke ketinggian 7,010 meter. - AFP/UTUSAN

No comments:
Post a Comment