Peruntukan RM500,000 untuk pusat komuniti Rela Kajang
Oleh KAMIL MASLIH
HULU LANGAT, AHAD, 16 Mac, 2014: Peruntukan sebanyak RM500,000 disalurkan bagi membaiki dan menyelenggara pusat-pusat komuniti Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan itu pada majlis Sepetang Bersama Anggota RELA Daerah Hulu Langat, di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, di sini, hari ini.
"Peruntukan ini diharap dapat membolehkan semua anggota RELA memanfaatkan kemudahan berkenaan dengan lebih sempurna," katanya. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment