Rayuan PPUKM, UKM ditolak
Oleh NORAZLITA MOHD.SIES
PUTRAJAYA, SELASA, 18 Mac, 2014: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan
Pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL supaya membayar ganti rugi RM200,000 kepada seorang bekas pesakitnya setelah didapati cuai dalam menyimpan rekod sulit perubatan lelaki itu.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak rayuan tersebut dengan kos RM5,000 untuk dibayar kepada Mohd. Zairi Rasidi Abd. Hadi yang dinamakan sebagai pihak responden.
Namun beliau tidak memberikan sebarang alasan.
Dengan keputusan itu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi KL pada 30 Oktober tahun lalu yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera.
Pada tarikh tersebut, Vazeer Alam turut memerintahkan Khairulnizam Nordin, 33, dan Zulkefli Mohd. Rusly, 45, membayar jumlah ganti rugi yang sama kepada Mohd. Zairi Rasidi kerana memalukan dan memfitnahnya kerana mendapatkan pemeriksaan psikiatri di PPUKM sehingga lelaki itu difitnah sebagai gila. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment