My Add

Monday 10 September 2012

Banjir sekali lagi landa Thailand

BANGKOK, ISNIN, 10 September, 2012:: Sebaik saja pulih dari kesan bencana banjir tahun lalu, yang terburuk dalam tempoh lima dekad, banjir sekali lagi melanda Thailand, bermula di wilayah utara hari ini.

Ketua Pengarah Pencegahan dan Pemulihan Bencana Wiboon Sanguanpong berkata, wilayah Sukhotai digenangi air sedalam kira-kira satu meter, melumpuhkan kawasan komersialnya.

Beliau berkata, beberapa orang penduduk dipindahkan dan menyatakan banjir bukan disebabkan limpahan air sungai tetapi kegagalan beberapa bahagian tembok penahan banjir akibat hujan lebat sejak minggu lalu.

Beliau berkata, hujan dijangka berterusan di wilayah itu minggu ini tetapi kurang lebat berbanding minggu lepas.

Sungai Yom rendah lebih dari satu meter daripada tembok penahan banjir di wilayah itu, kata beliau. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment