My Add

Saturday 29 September 2012

Pemasangan cctv diperluaskan ke Perak dan Kedah

SHAH ALAM, SABTU, 29 September, 2012: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) yang sebelum ini tertumpu di Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bagi mengurangkan kadar jenayah akan diperluaskan antaranya ke negeri Perak dan Kedah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri. Datuk Wira Abu Seman Yusof.

Ini adalah antara usaha yang dilakukan kerajaan bagi mengurangkan lagi indeks jenayah yang merupakan satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), katanya ketika mengulas peruntukan tambahan kepada kementerian itu dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan semalam.

"Daripada segi pengurangan jenayah kita berjaya sehinggakan hari ini...penurunan indeks jenayah peringkat nasional daripada Januari hingga kini kita dapat mengurangkan indeks jenayah kepada 9.8 peratus.

"Manakala jenayah jalanan berjaya dikurangkan sehingga 43 peratus daripada Januari hingga Ogos lepas,” katanya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra beliau bersama masyarakat di kawasan perumahan Bukit Jelutong di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment