My Add

Saturday 29 September 2012

Nicol terkandas di suku akhir Terbuka Carol Weymuller 2012

KUALA LUMPUR, SABTU, 29 September, 2012: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David gagal meneruskan kemaraan pada Terbuka Carol Weymuller 2012 apabila terkandas di peringkat suku akhir, semalam.

Laman web skuasy, www.squashsite.co.uk, melaporkan Nicol tumpas kepada pemain dari England, Alison Waters 9-11, 11-5, 3-11 dan 7-11 di Casino Heights, Brooklyn di New York, Amerika Syarikat. 

Kekalahan tersebut adalah yang kedua buat Nicol, 29, selepas tumpas mengejut kepada pemain dari Mesir Raneem El Weleily pada perlawanan akhir Terbuka Malaysia, awal bulan ini.

Alison yang beraksi dalam undian utama menerusi pusingan kelayakan, akan berdepan rakan sepasukan Laura Massaro di peringkat separuh akhir, manakala satu lagi perlawanan separuh akhir membabitkan pertembungan dua pemain Mesir iaitu di antara Raneem menentang Nour El Sherbini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment