My Add

Saturday, 29 September 2012

Harga minyak sawit dijangka naik semula

PUTRAJAYA, SABTU, 29 September, 2012 Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi percaya peruntukan Bajet 2013 sebanyak RM432 juta untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit mampu melonjakkan kembali harga komoditi itu di pasaran antarabangsa.

Timbalan Menterinya, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, ini kerana dengan peruntukan tersebut sudah pasti mampu memberi impak yang besar kepada aktiviti huluan dan hiliran industri tersebut.

Katanya, ditambah pula dengan adanya beberapa perayaan dan festival utama dalam tempoh terdekat ini, sudah pasti permintaan terhadap minyak masak sawit akan meningkat.

``Harga minyak sawit mentah (MSM) mengalami penurunan kerana kelembapan ekonomi negara-negara pengimport, khususnya di benua Eropah dan juga peningkatan pengeluaran minyak soya di Amerika Syarikat (AS),'' katanya kepada pemberita selepas menyertai program Berjalan Untuk Kesihatan anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment