My Add

Saturday, 29 September 2012

Kerajaan Selangor disaman lagi

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
SHAH ALAM, JUMAAT, 28 September, 2012: Seramai 1,313 pengguna air dari kawasan Kinrara, Puchong; Bukit Mahkota, Cheras dan Seksyen 18, Shah Alam hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor yang didakwa gagal memberikan subsidi air percuma.

Selain kerajaan negeri sebagai defendan pertama, plaintif, John Dawson yang mewakili para pengguna air tersebut turut menamakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), sebagai defendan kedua dan ketiga.

Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.30 pagi ini melalui firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners.

Berdasarkan writ saman yang dikemukakan, plaintif membuat enam tuntutan, antaranya meminta satu deklarasi bahawa skim air percuma yang dijanjikan defendan pertama merangkumi semua pengguna air di Selangor tidak mengira sama ada mereka membabitkan pengguna meter pukal mahupun meter individu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment