My Add

Saturday, 29 September 2012

Belanjawan 2013: Pembangkang tiada ruang untuk kritik

SEREMBAN, SABTU, 29 September, 2012: Pembangkang dilihat tidak akan mempunyai ruang untuk mengkritik Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam kerana ia memberi kebajikan meliputi semua lapisan masyarakat.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sebaliknya belanjawan kali ini pastinya akan terus menggerakkan rasa penghargaan rakyat kepada negara dan kerajaan sedia ada. 

"Saya meminta rakyat Malaysia, membuka mata, mendengar dan pasang permandangan supaya kita dapat memberi satu pengiktirafan kepada jasa janji ditepati," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian Program Jelajah Janji Ditepati yang disempurnakan Perdana Menteri di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, dengan pelbagai peruntukan bagi industri pembinaan dalam belanjawan kali ini, beliau yakin industri itu akan mengalami pertumbuhan yang lebih strategik pada tahun depan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment