GEORGETOWN, SABRU, 29 September, 2012:Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin masalah yang timbul antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman boleh diselesaikan secara profesional.

"Adalah perlu untuk Mansor memberi penjelasan yang lebih daripada apa yang dinyatakan sebelum ini, penting bagi Mansor untuk menjelaskan semuanya.
"Ini boleh diselesaikan oleh kedua-dua pemimpin, tidak melibatkan parti tetapi secara personal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan
di Kompleks Pasar Awam Farlim, Air Itam di sini hari ini.
Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan kenyataan Mansor yang menafikan pernah menggelar Lim 'sombong dan angkuh', penafiannya itu bagaimanapun telah memakan diri apabila rakaman percakapannya pada mesyuarat strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada April lalu di sini, didedahkan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment