My Add

Saturday 29 September 2012

Usah ambil kesempatan naikkan harga makanan - FOMCA

KUALA LUMPUR, SABTU, 29 September, 2012: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga berikutan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 dalam Bajet 2013.

Naib Presiden FOMCA, Siti Rahayu Zakaria berkata, golongan peniaga, terutama peniaga makanan, tidak harus berbuat demikian meskipun harga gula akan meningkat selepas ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengurangan subsidi bahan mentah itu, yang diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam.

Bagaimanapun, Siti Rahayu menyifatkan tindakan mengurangkan subsidi gula satu langkah yang baik bagi membolehkan rakyat menilai semula gaya hidup mereka kerana penduduk Malaysia merupakan yang kedua tertinggi di Asia menghidap diabetis. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment