Kes pertikaian kaum bertambah?
PUTRAJAYA, JUMAAT, 28 September, 2012: Seramai 519 pegawai perantara sukarela di seluruh negara kini berdepan tanggungjawab lebih berat apabila kes pertikaian melibatkan kaum didapati meningkat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan berkata, keadaan itu berikutan banyak isu melibatkan kepentingan kaum telah dipolitikkan.
''Keadaan ini selalu berlaku ketika pilihan raya umum semakin dekat. Masalah ini memerlukan tindakan pantas daripada kita dan pegawai perantara untuk mencegah sesuatu kejadian seperti demonstrasi.
''Baru-baru ini satu pertikaian antara masyarakat beragama Islam dan Hindu berlaku di Selangor sehingga demonstrasi telah dirancang, tetapi akhirnya dapat diselesai dengan cara damai melalui campur tangan pegawai perantara," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment