My Add

Saturday 29 September 2012

Pelajar maut, dua parah nahas motosikal dan lori

KUANTAN, SABTU, 29 September, 2012: Seorang remaja maut maut manakala dua lagi cedera parah dalam nahas membabitkan motosikal dan sebuah lori di Kilometer 17 Jalan Baru Bentong-Raub, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Aziz Salleh berkata, mangsa yang terbunuh ialah penunggang motosikal Mohamad Zaidi Ahmad, 17, manakala pemboncengnya Mohd Hafifi Jamaludin, 17, dan pemandu lori M. Murugiah, 61, cedera parah. 

"Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, kedua-dua mangsa yang parah itu pula kini dirawat di Hospital Bentong," katanya ketika dihubungi di sini.

Aziz berkata, ketika kejadian 6.44 pagi itu, motosikal terbabit bertembung dengan lori berkenaan selepas memotong sebuah kenderaan lain.

"Mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Sultan Ahmad Shah di sini mati akibat cedera parah di kepala," katanya.

Pemandu lori berkenaan pula cedera parah apabila lorinya terbabas selepas melanggar motosikal itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment