My Add

Saturday 29 September 2012

Kekang kemasukan dana asing

Oleh NORHIDAYU MOHD HASSAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT,  28 September, 2012: Peruntukan khas perundangan bagi mengekang kemasukan dana asing perlu diwujudkan agar tiada pihak luar secara mudah menyalurkannya secara haram kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, beberapa negara maju sudah membuat peruntukan itu agar tiada mana-mana NGO diperalatkan untuk menjatuhkan kerajaan, sekali gus mengancam ketenteraman dan kedaulatan negara.

"Apabila tidak dikekang dari awal kemasukan dana asing kepada NGO, kita bimbang pihak luar membawa agenda tersirat melalui medium itu untuk merosakkan negara ini.

"Bukti penerimaan dana daripada pihak luar yang jelas mempunyai agenda telah terbukti. Justeru itu, adalah wajar langkah terbaik dilakukan segera bagi melindungi negara daripada terjadinya perkara tidak diingini kelak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

No comments:

Post a Comment