My Add

Saturday 29 September 2012

Rakyat tidak perlu bimbang paras hutang negara: Ahmad Husni

IPOH, SABTU, 29 September, 2012:: Rakyat tidak perlu bimbang terhadap paras hutang negara seperti ditimbulkan pembangkang kerana kerajaan mampu menguruskannya dan membayar balik hutang berkenaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan perlu membuat pinjaman bagi melaksanakan pelbagai bentuk pembangunan terutama yang boleh memberi impak besar dan kesan berganda kepada aktiviti ekonomi negara. 

Beliau mengulas kritikan pembangkang termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa Bajet 2013 tidak mengambil kira situasi ekonomi negara selain menyebut hutang negara kini mencecah RM502 bilion.

Husni ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-35 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Perak di sini. - BH

No comments:

Post a Comment