My Add

Saturday 29 September 2012

Kerajaan diminta pertimbang naik taraf kemudahan perubatan luar bandar

KUCHING, SABTU, 29 September, 2012: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta kerajaan mempertimbangkan usaha menaik taraf kemudahan perubatan di kawasan luar bandar Sarawak.

Ini kerana kata beliau, beberapa kawasan di negeri itu masih ketinggalan, malah ada yang langsung tidak memiliki kemudahan klinik desa. 

"Saya yakin dengan komitmen kerajaan dalam memakmurkan rakyat, lebih banyak kemudahan perubatan di luar bandar akan dinaik taraf termasuk selain untuk menambah Klinik 1Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Klinik 1Malaysia Bandar Baru Semariang, di sini hari ini.

Selain itu, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, jumlah doktor perlu ditambah memandangkan bilangan sedia ada tidak mampu menampung keperluan penduduk.

Pada pembentangan Belanjawan 2013 semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk membaik pulih klinik kesihatan yang usang selain membina 70 Klinik 1Malaysia di seluruh negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment