Bajet pembangkang penuh idea kitar semula
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 September, 2012: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan bajet bayangan yang dibentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai mengecewakan dan tidak realistik.
Menganggap tiada apa yang istimewa tentangnya, beliau yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) membidas pembentangan bajet itu kerana terlalu banyak menciplak idea yang sudah atau sedang diusahakan pemerintah.
Antara idea yang ditiru tegasnya ialah penubuhan Lembaga Perumahan Nasional bertujuan membina rumah mampu milik untuk masyarakat bandar iaitu sesuatu yang sedang dijalankan kerajaan melalui Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
"Contoh kedua, kononnya mereka mahu menguatkuasakan undang-undang antipersaingan. Tidakkah mereka sedar Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sudah diluluskan di Parlimen bagi memastikan tiada unsur monopoli dalam industri strategik?," tanya beliau. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment