*NAJIB Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor diberi penerangan oleh Mohamad Hasan ketika melawat model projek Bandar Sendayan sempena Program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan, semalam. Turut sama isteri Menteri Besar, Raja Salbiah Tengku Nujumuddin (tengah). - BERNAMA |
PR1MA Seremban bakal dibina di empat lokasi strategik yang menawarkan sebanyak 5,700 unit rumah mampu milik terdiri daripada rumah teres dua tingkat dan unit kediaman bertingkat.
Kerja-kerja bagi fasa satu akan dimulakan pada suku pertama tahun depan yang mana 1,200 unit rumah akan dibangunkan di Seremban Utara.
Lokasi lain yang telah dikenal pasti ialah Seremban 2, Senawang dan Rasah.
Majlis pelancaran itu dibuat pada program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi dekat sini.
Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin.
Pada pelancaran itu, Najib juga membuat lawatan ke pameran PR1MA untuk meninjau dengan lebih dekat satu ciri unik rumah berkenaan iaitu lorong belakang hijau atau taman komuniti.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias, oleh kerana perumahan PR1MA adalah komuniti berpagar, pembinaan taman komuniti itu diharap memupuk interaksi di kalangan jiran dan menggalakkan lebih banyak aktiviti komuniti.
Beliau berkata, PR1MA Seremban bakal setanding dari segi kualiti dengan rumah gaya hidup para pemaju swasta tetapi pada harga yang mampu dimiliki oleh lebih banyak peringkat rakyat.
"Unit-unit ini akan yang akan dibuka untuk jualan pada permulaan suku pertama tahun depan, dijangka siap dan sedia didiami menjelang 2015," katanya ketika ditemui selepas pelancaran tersebut.
Tambah beliau, pada masa ini, pihaknya menerima pendaftaran daripada orang ramai yang mengisi borang disediakan di tapak program jelajah berkenaan.
"Bagaimanapun, pada penghujung tahun ini, kami bercadang untuk melaksanakan sistem pendaftaran secara dalam talian sebagai kemudahan kepada orang ramai," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment