My Add

Monday 10 September 2012

Bekas ikon warga tua sihat Terengganu meninggal

BESUT, ISNIN, 10 September, 2012: Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Pak Man yang dipercayai berusia 117 tahun meninggal dunia di rumahnya di Kampung Denger, Bukit Puteri dekat sini semalam.

Beliau meninggal di pangkuan isterinya yang kelapan, Saadiah Hamat, 71, dan salah seorang anak mereka Mohamad Deraman, 56.

Anaknya, Arina Abdul Rahman, 46, seorang guru berkata, bapanya meninggal kerana sakit tua setelah tidak berselera untuk makan dan minum sejak dua bulan lalu.

"Ayah sebelum ini sihat tetapi mengadu tidak selera untuk makan, pada pertengahan bulan puasa lalu, menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan ibadah puasa," katanya.

Abdul Rahman yang pernah menerima anugerah dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sebagai Ikon Warga Tua Sihat, dipercayai lahir pada tahun 1895 namun pada kad pengenalannya tercatat tarikh lahirnya sebagai 20 Julai 1907.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment