My Add

Sunday 23 September 2012

Chong Wei juara Terbuka Jepun

TOKYO, AHAD, 23 September, 2012: Juara dua kali, Lee Chong Wei merampas kembali gelaran juara perseorangan lelaki kejohanan badminton Terbuka Jepun selepas mengetepikan pencabar dari Thailand, Boonsak Ponsana, sebentar tadi.

Pilihan utama kejohanan itu yang juga pemenang pada 2007 dan 2010 bermain cemerlang ketika menyekat tentangan pemain Thailand itu dengan 21-18, 21-18.
"Memang perlawanan ini menarik tapi ia sengit. Ini kejohanan pertama saya selepas Sukan Olimpik London.

"Saya amat gembira kerana bermula dengan kemenangan ini dan saya boleh melupakan kekecewaan di London dengan gelaran ini," katanya yang kecundang di tangan Lin Dan pada final Olimpik dua kali berturut-turut. - AFP

No comments:

Post a Comment